Media.

Media seboleh-bolehnya menyampaikan berita mereka dengan mencipta kontroversi. Kalau dalam bahasa media, mereka praktikkan 'teori framing' iaitu lebih fokus kepada perencah atau intipati berita berbanding topik asal dalam melaporkan sesuatu isu. Tak lain tak bukan, strategi ini adalah untuk mendapat perhatian ramai khususnya cybertroopers. Setiap berita yang disampaikan akan dikepalakan dengan tajuk yang sangat sensitif iaitu melalui potongan ucapan penyampai pada bahagian yang boleh dinilai secara negatif. Contoh mudah, penyampai mungkin berkata "walaupun saya pernah berdendam dengan dia tetapi saya tetap menyelamatkan dia daripada lemas di laut". Media akan sampaikan "si A pernah berdendam dengan mangsa". Ini contoh. Secara tak langsung, tajuk ini akan lahirkan persepsi pelbagai berbanding rasional kepada point di artikel. Boleh dilihat pada situasi sekarang, pada era Malaysia baru journalist akan guna peluang ini sebaik mungkin. Alang-alang kerajaan tak akan halang, lebih baik mereka guna strategi komunikasi yang paling 'menarik' perhatian ramai. Kita boleh tengok situasi sekarang, Sinar harian, ASTRO Awani, The Star dll semua menggunakan headline yang paling sensitif tidak kiralah mereka melaporkan tentang kerajaan mahupun pembangkang. Isunya mereka akan menarik perhatian penonton dan cuba sebaik mungkin untuk mendapat impak yang paling baik untuk prestasi mereka. Kesannya, penonton akan memberi komen yang negatif hingga menimbulkan perbalahan di ruang komen. Jika mesej positif digunakan, penonton hanya berhenti setakat 'berdoa' dan tiada pihak yang akan menang atau kalah.

Dan semestinya pihak kerajaan menjadi isu hangat setiap hari kerana mereka setiap hari melakukan kerja rasmi untuk rakyat dan dikejar wartawan. 

Pandangan saya sebagai graduan komunikasi dan sedikit pengalaman dalam tugas media, secara jelasnya wujud perbezaan hak kebebasan media kini berbanding sebelumnya iaitu sebelum ini kita boleh lihat media arus perdana semuanya dikuasai kerajaan dan untuk terus hidup mereka terpaksa memuji kerajaan serta terus-menerus memburukkan pembangkang. Kalau kalian sedar, sekarang semua media boleh hentam kerajaan dan tiada apa-apa tindakan diambil seperti di ban, tiada ruang untuk bersuara, tak dapat job dan sebagainya kecuali tindakan ke atas kes dakwaan atau fitnah.

Baik, isu fitnah. Bercakap tentang hak kebebasan bersuara tidak semestinya kalian bebas untuk berkata atau menyebar apa sahaja sehingga mendapat 'hak' memfitnah satu pihak. Jika anda mempertahan hak kalian untuk bersuara sehingga menyebarkan fitnah, bagaimana pula hak kebebasan individu yang difitnah? Jika mangsa terpaksa berhadapan masyarakat dengan aib yang diada-adakan, ini bermakna mangsa tersebut tidak mendapat hak bebasnya. Itulah yang dimaksudkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta kanun keseksaan dan juga Akta Fitnah 1957. Jadi, kalau ada pihak yang menyaman kalian kerana memfitnah, kalian patut akur dengan kesilapan itu dan amatlah salah jika berkata kalian tidak mendapat hak kebebasan bersuara.

Sama-sama ingatkan supaya setiap kali menerima berita, baca artikel penuh melalui banyak sumber dan pastikan sumbernya sahih. Jika masih meragui, tonton video penuh. Lebih-lebih lagi kalau kalian bercita-cita untuk menjadi seorang keyboard warrior di WhatsApp atau Facebook atau medium lain, sangat lah perlu banyak membaca.

Tak tahu, diam. Tak pasti, jangan klik share.


Comments

Popular Posts