Hamba

Kecewa apabila diri dipandang buruk setelah begitu banyak dikorbankannya.
Kelemahan telah dipudarkan dengan  kebaikan
namun masih jelas di mata mereka betapa buruknya dia.
Hati yang selalunya kental memakan diri
dek taruhan jangkaan yang melambung tinggi
terhadap manusia sekeliling.

Apa masih ada harapan untuk mencuba,
untuk duduk di hati mereka
walau sedikit ruang? 
Atau dia sudah memutuskan untuk berundur diri? 

Hairan, dirinya dilahirkan sebagai pendosakah?
Kerana sedikit yang dianggap pahala langsung tidak diendah.
Tidak pernah pula dia memilih untuk dilahirkan
tetapi tidaklah menuding jari kepada sang Pencipta atas kewujudan.
Usaha untuk perbaiki diri untuk puaskan sekeliling mungkin bertemu noktahnya sudah.

Masa untuk dia fokus diri dengan sang Pemberi.
Mungkin hanya Tuhan memahami diri. 
Terhenti di sini. ---

Sentiasa kuat, kawan. 


Comments

Popular Posts